Monday 1 October 2012

BAJET 2013 : TERIMA KASIH PERDANA MENTERI ...........


BAJET 2013 : JOM BACA PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2013 MALAYSIA..

Peruntukkan yang dibuat kepada :-

Pencegahan Jenayah
·         RM591 juta mengurangkan kadar jenayah termasuk menambahbilangan anggota polis, menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal, meningkatkan jumlah anggota pasukan sukarewalan polis dan menambah pemasangan kamera litar tertutup.
·         RM90 jutamenyediakan seragam kepada anggota Rela yang aktif.
·         RM20 jutamenyediakan seragam kepada anggota Rela yang aktif. RM10,000geran kepada persatuan penduduk untuk menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan.
·         RM276 jutageran kepada persatuan penduduk untuk menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan.

Siswazah Dan Latihan
·         RM3.7 bilion Untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional
·         RM200 juta Untuk penubuhan “Graduate Employability Taskforce”
·         RM400 juta Untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman untuk dimanfaatkan hampir 40,000 pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap satu hingga lima
·         Potongan cukai dua kali Perbelanjaan syarikat yang melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia
·         RM50 juta Untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran

Pendidikan
·         RM38.7 juta Diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran bagipengurusan dan pembangunan
·         RM500 juta Peruntukan tambahan bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras
·         RM1 bilion Tambahan kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah
·         RM1.2 bilion Diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah
·         RM380 juta Untuk Kementerian Pelajaran bagi penempatan guru prasekolah
·         RM10,000 Geran pelancaran kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta


Peruntukkan Sektor
·         RM30 bilion Diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan
·         RM11.1 bilion Diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan,kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat
·         RM4.6 bilion Diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatanRM2 bilionBagi pentadbiran am
·         RM2 bilion Bagi simpanan luar jangka
·         RM3 bilion Diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan
·         RM500 juta Diperuntukkan bagi projek River of Life bagi Sungai Klang
·         RM300 juta Untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan

Industri Kecil Dan Sederhana
·         RM1.0 bilion Dana di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank
·         RM200 juta Dana Industri Halal di bawah seliaan SME Bank & Bank Pembangunan Islam
·         RM16 juta Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000
·         RM386 juta Diperuntukkan bagi membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia

Pertanian
·         RM5.8 bilion Diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
·         RM2.4 bilion Diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan insentif pertanian
·         RM30 juta Diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian
·         RM75 juta Bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan
·         RM432 juta Disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit
·         RM127 juta Disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi
·         RM230 juta Diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan
·         RM50 juta Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar
·         RM41 juta Diperuntukkan bagi projek Azam tani

Kepentingan Melayu Dan Bumiputera
·         Yayasan Wakaf Malaysia Di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat
·         RM9.0 bilion (43%)Nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat bumiputera
·         RM1.0 bilionDana Pembiayaan Bumiputera akan disediakan oleh SME Bank
·         Skim Jaminan Modal Kerja Akan dilanjutkan kepada syarikat bumiputera berprestasi tinggi

Kesejahteraan Rakyat
·         RM6 bilion Projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat
·         RM1.9 bilion Bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan
·         RM100 juta Untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
·         RM4.5 bilion Diperuntukkan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandardan luar bandar

Kesihatan Dan Masyarakat
·         RM19.3 bilion Diperuntukkan bagi perkhidmatan dan pembangunan kesihatan
·         RM20 juta Untuk membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia
·         RM50 juta Diperuntukkan untuk program pembangunan wanita dan masyarakat
·         RM1.2 bilion Diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma)

Belia Dan Sukan
·         RM738 juta Diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan
·         RM15 juta Diperuntukkan bagi mempersiapkan ke kejohanan sukan antarabangsa
·         RM50 juta Tempoh empat tahun khusus untuk  persiapan Sukan Olimpik Rio 2016
·         RM50 juta Diperuntukkan bagi mewujudkan ”New Entrepreneur Foundation”
·         RM50 juta Untuk mewujudkan “Young Entrepreneur Fund”
·         RM200 Rebate secara “one-off” bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G

Pelajar
·         RM2.6 bilion Diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah
·         RM540 juta Untuk program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar
·         Diskaun 20% Bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman PTPTN
·         Diskaun 10% Peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten
·         RM250 Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar IPT

Penjawat Awam
·         Satu setengah bulan Jumlah bonus bagi penjawat awam
·         RM500 Bayaran kepada pesara kerajaan
·         RM820 Pelarasan pencen pesara kerajaan dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720


Rakyat Didahulukan
·         Pusingan Kedua BR1M Diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan
·         RM5,000 sebulan Had pendapatan peminjam perseorangan bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan RM10,000Had pendapatan bersama suami isteri
·         RM10,000 bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan
·         20 sen/kg Pengurangan subsidi gula mulai 29 Sept
·         RM1.5 bilion Bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran

Pencapaian Diutamakan
·         Cukai pendapatan Diturunkan 1% bagi kumpulan berpendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000
·         RM6,000 Pelepasan cukai bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan
·         RM3,000 Pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah untuk menampung kekurangan kos tambang
·         RM150 Pengurangan caj bayaran pasport bagi warga emas dan kanak-kanak
·         RM1.4 juta Anggota Perkeso boleh menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di hospital kerajaan atau klinik panel Perkeso

Dipetik dari: Ohduniaku Belanjawan 2013 Malaysia | Ohduniaku http://ohduniaku.com/bajet-2013-belanjawan-untuk-rakyat-malaysia#ixzz2826PRz00

Friday 15 June 2012

ISRAK MIKRAJ - 17 JUN 2012/27 REJAB 1433


ISRAK DAN MIKRAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa Israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Tuesday 12 June 2012

AL-FATIHAH

Takziah NagaMalaya ucapkan buat Keluarga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Datuk Seri Jamil telah mengimamkan solat jenazah ibunya, Hasiah di Masjid Saidina Hamzah, Gombak semalam. Turut bersama menunaikan solat itu ialah Datuk Seri Najib serta menteri kabinet.

Di bawah merupakan petikan yang NagaMalaya perolehi dari Berita Harian Online.........


JENAZAH IBU JAMIL KHIR SELAMAT DISEMADIKAN

2012/06/12

KUALA LUMPUR: Jenazah Hasiah@Halijah Ahmad, ibu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selamat disemadikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini petang ini. 

Sebelum itu, jenazah Hasiah, 71, disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah pada kira-kira 1.30 petang yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang tiba pada 1.15 petang, menziarahi jenazah Hasiah dan menunaikan solat Zohor sebelum menyertai solat jenazah bersama-sama 300 jemaah.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. 

Allahyarham Hasiah yang meninggal dunia akibat sakit tua pagi tadi, meninggalkan suami Baharom Ramli, 76, tiga anak dan 15 cucu. Jamil Khir adalah anak sulung pasangan itu. 

Hasiah, dari Yan, Kedah, koma akibat angin ahmar selama 11 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di kediaman Jamil Khir, di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh. 

Jamil Khir, ketika ditemui, pemberita selepas majlis pengkebumian redha dengan pemergian ibu tersayangnya. 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib, Menteri Kabinet serta saudara mara dan sahabat handai yang menziarahi jenazah ibunya. - BERNAMA

Tuesday 29 May 2012

DAH TIBA MASA NIK AZIZ LETAK JAWATAN



Assalammualaikum Para Pembaca Sekalian,

Setuju tak kalau Nagamalaya cadangkan Tuan Guru Nik Aziz letak jawatan dengan kadar segera kerana banyak sangat kenyataan beliau yang tidak masuk dek akal kita. Sudah tiba masanya,  beliau bagi peluang pada orang yang lebih muda, berpelajaran dan berfikiran global untuk memimpin parti PAS.Tak adalah asyik ikut cakap Parti lain je. Takut tergadai pulak ideologi sebenar parti PAS. 

Syabas pada UMNO/BN kerana berjaya merealisasikan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." Terima Kasih kepada PM. 

Tuesday 24 April 2012

PERUBAHAN WAJAH ANWAR

NagaMalaya ada terbaca satu laman web yang memaparkan perubahan wajah Anwar Ibrahim. Pada pemikiran NagaMalaya, ada benar juga kerana boleh dilihat dengan mata kasar bahawa air muka Anwar Ibrahim agak keruh berbanding dahulu. Cuba para pembaca perhati gambar di bawah.......



Sunday 22 April 2012

KARTUN : PEMANSUHAN PTPTN

NagaMalaya suka benar dengan mesej kartun ni....... Tepat & Baik punya.......