ISRAK DAN
MIKRAJ
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad
s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan
peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum
Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita
kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah
binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah
diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa Israk
mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm
ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari
jam 6 petang hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar .
Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di
Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam
ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke
Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi
mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di
Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah
dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan
minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui
mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul
Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat
malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi
Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini,
semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di
perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi
Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam
kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah
mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan
oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang
diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai
petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti
tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai
Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail
menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini
tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas
selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.