Saturday 17 December 2011

AWAS!! BR1M TELAH DIPALSUKAN

Assalammualaikum Pembaca Yang Budiman ...........

Untuk makluman semua...
Borang permohonan bantuan RM500 rakyat malaysia bagi isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3 ribu boleh didapati dan dimohon dari 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012. 
Borang-borang pendaftaran untuk Borang Bantuan RM500 boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan atau atas-talian.
Borang yang lengkap diisi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Syarat Permohonan Bantuan RM500
  1. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  2. Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  3. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  4. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  5. Warga emas sebatang kara
  6. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
    memohon.
Tetapi AWAS!!! Pemohon perlu berhati-hati dengan Borang Palsu BR1M. Di bawah adalah contoh borang palsu tersebut :



Monday 5 December 2011

BOB LOKMAN MERUPAKAN ARTIS TAK LAKU MASUK PAS

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia buat pembaca sekalian...................

Nagamalaya nak meluahkan rasa pelik dan menyampah dengan tindakan sesetengah artis yang masuk PAS dan mula berceramah kepada umum tentang betapa buruknya kerajaan UMNO/BN. Berdasarkan tindakan artis tersebut, terlintas di fikiran Nagamalaya bahawa artis tersebut merupakan artis yang sudah tidak laku di mata peminat dan penerbit TV. Itu sebablah mereka mula memberontak dan merajuk serta menyertai parti PAS dengan alasan mereka mahu menegakkan Islam.
Nagamalaya tidak setuju malah jelek dengan tindakan mereka itu. Bagi Nagamalaya lah kan..... kalau betul mereka sudah insaf , mereka boleh menegakkan agama Islam tanpa memasuki parti politik. Mereka boleh je bekerjasama dengan Majlis Agama Islam untuk mengadakan program berunsur agama.
Emmmm.....entah lah... apa lah nak jadi dengan dunia sekarang..... Pelik .. Pelik.
Nagamalaya memang tidak berminat dengan artis yang bernama BOB LOKMAN... beliau yang NagaMalaya sifatkan sebagai Kacang Lupakan Kulit dan Manusia yang tidak kenang diuntung...... Mulut beliau umpama MULUT BANGKAI yang suka bercakap tanpa ingat Allah S.W.T.