Tuesday 12 June 2012

AL-FATIHAH

Takziah NagaMalaya ucapkan buat Keluarga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Datuk Seri Jamil telah mengimamkan solat jenazah ibunya, Hasiah di Masjid Saidina Hamzah, Gombak semalam. Turut bersama menunaikan solat itu ialah Datuk Seri Najib serta menteri kabinet.

Di bawah merupakan petikan yang NagaMalaya perolehi dari Berita Harian Online.........


JENAZAH IBU JAMIL KHIR SELAMAT DISEMADIKAN

2012/06/12

KUALA LUMPUR: Jenazah Hasiah@Halijah Ahmad, ibu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selamat disemadikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini petang ini. 

Sebelum itu, jenazah Hasiah, 71, disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah pada kira-kira 1.30 petang yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang tiba pada 1.15 petang, menziarahi jenazah Hasiah dan menunaikan solat Zohor sebelum menyertai solat jenazah bersama-sama 300 jemaah.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. 

Allahyarham Hasiah yang meninggal dunia akibat sakit tua pagi tadi, meninggalkan suami Baharom Ramli, 76, tiga anak dan 15 cucu. Jamil Khir adalah anak sulung pasangan itu. 

Hasiah, dari Yan, Kedah, koma akibat angin ahmar selama 11 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di kediaman Jamil Khir, di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh. 

Jamil Khir, ketika ditemui, pemberita selepas majlis pengkebumian redha dengan pemergian ibu tersayangnya. 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib, Menteri Kabinet serta saudara mara dan sahabat handai yang menziarahi jenazah ibunya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment