Friday 30 March 2012

AL-FATIHAH BUAT RAJA ASHMAN, ANAKANDA SULTAN PERAK



NagaMalaya mengucapkan Takziah buat keluarga Diraja Perak di atas kemangkatan Raja Kecil Sulung Perak, Raja Ashman Shah Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Berita kemangkatan Raja Ashman juga menarik perhatian pengikut-pengikut tariqat Naqshabandi seluruh dunia selepas blog peribadi pemimpin tariqat tersebut, Sheikh Hashim Kabbani antara yang paling awal menyiarkan berita tersebut. Raja Ashman mangkat sejurus majlis zikir malam tadi.
Raja Ashman dikenali sebagai penaung tariqat Naqshabandi yang amat dihormati di seluruh dunia. Beliau mengadakan majlis zikir di kediaman Bukit Damansara setiap malam Jumaat. Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.
Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah,  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah  melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.
Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.
NagaMalaya memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum  Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya’ dan solihin, Amin.


-30/3/2012

Tuesday 27 March 2012

MUTIARA KATA DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK


Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
"Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia"




RUKUNEGARA

Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut :
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

        Kepercayaan kepada Tuhan
        Kesetiaan kepada Raja dan Negara
        Keluhuran Perlembagaan
        Kedaulatan Undang-Undang
               •        Kesopanan dan Kesusilaan 





Tuesday 13 March 2012

KERAJAAN BN KERAJAAN BERKEBAJIKAN

Salam Rindu Buat Pembaca Sekalian,

Sudah lama NagaMalaya tidak mengemaskinikan blog ini. Banyak yang NagaMalaya nak kongsikan dengan pembaca sekalian tapi ada sahaja kekangan dari segi masa. Biarlah NagaMalaya pamerkan maklumat tentang Subsidi yang telah Kerajaan BN laksanakan...Terkejut jugak NagaMalaya bila melihat Carta Subsidi tersebut sebab NagaMalaya terfikir tentang jumlah peruntukkan yang telah diperuntukkan kepada rakyat Malaysia......

Carta Subsidi

Terima Kasih Kerajaan BN... Kerajaan BN memang Kerajaan Berkebajikan................