Wednesday 27 July 2011

PENGGUNAAN SISTEM BIOMETRIK DAPAT MENYANGKAL DAKWAAN PEMBANGKANG


Petikan berita dari Utusan Malaysia 24 Julai 2011:
KANGAR 23 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) bagi melaksanakan sistem biometrik dalam pilihan raya akan datang.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan sistem tersebut bagi menjamin pilihan raya yang adil tanpa timbul lagi isu pengundi hantu sebagaimana didakwa oleh pihak pembangkang.


Penggunaan sistem pengimbas cap jari atau biometrik kini menjadi isu perbincangan masyarakat. Kepada kerajaan ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
Tetapi kepada pakatan pembangkang, mereka melihat sudut negatif kerana bimbang sistem itu boleh disalahgunakan untuk warga asing turut menjadi pengundi.
Pemikiran sebegini seolah-olah mahu menafikan apa sahaja pembaharuan untuk menambahbaik sistem pilihan raya negara kita. Sedangkan pihak pembangkang yang beria-ia mahu satu sistem yang lebih baik digunakan untuk pilihan raya akan datang. Mereka juga yang sering mendakwa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini. Jadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu laksanakan sistem biometrik ini agar dapat mengatasi dakwaan-dakwaan berkenaan.
Kepada kerajaan, teruskan usaha untuk menambahbaik SPR.

No comments:

Post a Comment