Wednesday 2 November 2011

TERIMA KASIH KERAJAAN BN

Ringkasan Intipati Bajet 2012: 

  1. Bonus penjawat awam sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan dan akan dibayar bersama gaji bulan Disember 2011.
  2. Membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal untuk menunaikan haji melalui penghadangan Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300.
  3. Caruman majikan dalam KWSP dinaikkan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  4. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 1 hingga tingkatan 5 seluruh negara.
  5. Bantuan ini akan dilaksanakan melalui akaun BSN. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6.
  6. Bayaran sebanyak RM24.50 (sekolah rendah) dan RM33.50 (sekolah menengah) bagi bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insurans Takaful dimansuhkan. Menaikkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
  7. Mulai tahun 2013, kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
  8. Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Struktur gaji penjawat awam bagi gaji maksimum telah disemak. Sebagai contoh gaji maksimum DG48 sekarang ini RM6,325 naik kepada RM8,710. Kalau DG34 sebelum ini maksima RM3,860 naik
  9. kepada RM5,370.
  10. Yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.
  11. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merangkumi bantuan RM300 sebulan kepada warga emas miskin, RM100 sebulan kepada kanak-kanak miskin dengan had maksimum RM450, antara RM150 hingga RM300 sebulan kepada orang kurang upaya (OKU).
  12. Skim rumah pertamaku dinaikkan had maksima harga rumah dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 bagi pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bagi berpendapatan kurang daripada RM3,000 bermula Januari 2012.
  13. Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  14. Pemberian subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Diuruskan oleh BSN untuk tempoh 2 tahun bermula 1 Januari 2012.
  15. Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik milik Kerajaan. Diskaun 50% tambang LRT dan Monorel.
  16. Dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.
  17. Caruman majikan dalam KWSP dinaikkan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.


No comments:

Post a Comment