Saturday 17 December 2011

AWAS!! BR1M TELAH DIPALSUKAN

Assalammualaikum Pembaca Yang Budiman ...........

Untuk makluman semua...
Borang permohonan bantuan RM500 rakyat malaysia bagi isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3 ribu boleh didapati dan dimohon dari 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012. 
Borang-borang pendaftaran untuk Borang Bantuan RM500 boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan atau atas-talian.
Borang yang lengkap diisi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Syarat Permohonan Bantuan RM500
  1. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  2. Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  3. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  4. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  5. Warga emas sebatang kara
  6. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
    memohon.
Tetapi AWAS!!! Pemohon perlu berhati-hati dengan Borang Palsu BR1M. Di bawah adalah contoh borang palsu tersebut :



No comments:

Post a Comment