Rukunegara adalah ikrar pegangan
negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa
Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong
keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut :
"Bahawasanya, Negara kita
Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat
Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
•
Kepercayaan kepada
Tuhan
•
Kesetiaan kepada Raja
dan Negara
•
Keluhuran Perlembagaan
•
Kedaulatan
Undang-Undang
• Kesopanan dan
Kesusilaan
|
No comments:
Post a Comment