Tuesday, 8 November 2011

APA KENA DENGAN AMBIGA NI? NYANYUK APA?

Wahai Pembaca Sekalian, 
Jom kita bantah sekeras-kerasnya cadangan si Ambiga ni.... Setahu NagaMalaya, Malaysia merupakan sebuah Negara yang aman dan Agama Islam adalah Agama Rasmi. Tu yang NagaMalaya marah sangat .... memang lah Si Ambiga sudah nyayuk ........... SEKSUALITI MERDEKA KONON........yang peliknya, mana pihak yang memperjuangkan Islam, mengutuk sesama umat Islam dan bersekongkol dengan pihak yang mahu bangsa Melayu dan Agama Islam musnah!..... Ambiga..... jangan sesekali menaikkan marah dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu.... kelak .... tak selamat hidup ko.... Ambiga.

SEMOGA MEMPEROLEHI HAJI YANG MABRUR......AMIN

Syukur Alhamdullilah ke hadrat Ilahi...... Jemaah Haji Malaysia telah selamat menunaikan Ibadah Haji... Semoga mereka memperolehi Haji yang mabrur.... Amin. Selain itu, NagaMalaya terharu dan bangga melihat para pemimpin Negara juga turut menunaikan rukun Islam yang ke-5. NagaMalaya perasan PM dan Isteri, Toh Puan Rahah dan adik PM, MB Perak dan Isteri, Dato' Azeez, ADUN Changkat Jering dan Ketua Pemuda UMNO Perak serta isteri turut menunaikan haji.Semoga pemimpin-pemimpin ini mendapat hidayah dan terpelihara oleh Allah S.W.T. Nagamalaya juga bersyukur melihat perubahan dan peningkatan sistem Tabung Haji yang dilihat lebih baik dan efisyen. Terima kasih kepada kakitangan Tabung Haji, kakitangan hospital dan kakitangan media terutama RTM serta pihak yang terlibat termasuklah kakitangan MAS yang begitu komited sekali menjalankan tugasan sepanjang Haji Tahun 1432. Hanya Allah yang membalas budi kalian semua.




Wednesday, 2 November 2011

TERIMA KASIH KERAJAAN BN

Ringkasan Intipati Bajet 2012: 

  1. Bonus penjawat awam sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan dan akan dibayar bersama gaji bulan Disember 2011.
  2. Membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal untuk menunaikan haji melalui penghadangan Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300.
  3. Caruman majikan dalam KWSP dinaikkan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  4. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 1 hingga tingkatan 5 seluruh negara.
  5. Bantuan ini akan dilaksanakan melalui akaun BSN. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6.
  6. Bayaran sebanyak RM24.50 (sekolah rendah) dan RM33.50 (sekolah menengah) bagi bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insurans Takaful dimansuhkan. Menaikkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
  7. Mulai tahun 2013, kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
  8. Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Struktur gaji penjawat awam bagi gaji maksimum telah disemak. Sebagai contoh gaji maksimum DG48 sekarang ini RM6,325 naik kepada RM8,710. Kalau DG34 sebelum ini maksima RM3,860 naik
  9. kepada RM5,370.
  10. Yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.
  11. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merangkumi bantuan RM300 sebulan kepada warga emas miskin, RM100 sebulan kepada kanak-kanak miskin dengan had maksimum RM450, antara RM150 hingga RM300 sebulan kepada orang kurang upaya (OKU).
  12. Skim rumah pertamaku dinaikkan had maksima harga rumah dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 bagi pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bagi berpendapatan kurang daripada RM3,000 bermula Januari 2012.
  13. Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  14. Pemberian subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Diuruskan oleh BSN untuk tempoh 2 tahun bermula 1 Januari 2012.
  15. Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik milik Kerajaan. Diskaun 50% tambang LRT dan Monorel.
  16. Dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.
  17. Caruman majikan dalam KWSP dinaikkan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.


SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1432

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1MALAYSIA  PEMBACA SEMUA........


SALAM SAYANG  ...... NAGAMALAYA

Thursday, 25 August 2011

BUAT KELUARGA, SAUDARA-MARA & SAHABAT SEKALIAN.........



Satukan tangan, Satukan hati
Itulah indahnya silaturahim
Di Hari kemenangan Kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Mohon Maaf  Zahir & Batin

Wednesday, 27 July 2011

PENGGUNAAN SISTEM BIOMETRIK DAPAT MENYANGKAL DAKWAAN PEMBANGKANG


Petikan berita dari Utusan Malaysia 24 Julai 2011:
KANGAR 23 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) bagi melaksanakan sistem biometrik dalam pilihan raya akan datang.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan sistem tersebut bagi menjamin pilihan raya yang adil tanpa timbul lagi isu pengundi hantu sebagaimana didakwa oleh pihak pembangkang.


Penggunaan sistem pengimbas cap jari atau biometrik kini menjadi isu perbincangan masyarakat. Kepada kerajaan ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
Tetapi kepada pakatan pembangkang, mereka melihat sudut negatif kerana bimbang sistem itu boleh disalahgunakan untuk warga asing turut menjadi pengundi.
Pemikiran sebegini seolah-olah mahu menafikan apa sahaja pembaharuan untuk menambahbaik sistem pilihan raya negara kita. Sedangkan pihak pembangkang yang beria-ia mahu satu sistem yang lebih baik digunakan untuk pilihan raya akan datang. Mereka juga yang sering mendakwa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini. Jadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu laksanakan sistem biometrik ini agar dapat mengatasi dakwaan-dakwaan berkenaan.
Kepada kerajaan, teruskan usaha untuk menambahbaik SPR.

Tuesday, 5 July 2011