Friday, 15 June 2012

ISRAK MIKRAJ - 17 JUN 2012/27 REJAB 1433


ISRAK DAN MIKRAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa Israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Tuesday, 12 June 2012

AL-FATIHAH

Takziah NagaMalaya ucapkan buat Keluarga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Datuk Seri Jamil telah mengimamkan solat jenazah ibunya, Hasiah di Masjid Saidina Hamzah, Gombak semalam. Turut bersama menunaikan solat itu ialah Datuk Seri Najib serta menteri kabinet.

Di bawah merupakan petikan yang NagaMalaya perolehi dari Berita Harian Online.........


JENAZAH IBU JAMIL KHIR SELAMAT DISEMADIKAN

2012/06/12

KUALA LUMPUR: Jenazah Hasiah@Halijah Ahmad, ibu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selamat disemadikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini petang ini. 

Sebelum itu, jenazah Hasiah, 71, disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah pada kira-kira 1.30 petang yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang tiba pada 1.15 petang, menziarahi jenazah Hasiah dan menunaikan solat Zohor sebelum menyertai solat jenazah bersama-sama 300 jemaah.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. 

Allahyarham Hasiah yang meninggal dunia akibat sakit tua pagi tadi, meninggalkan suami Baharom Ramli, 76, tiga anak dan 15 cucu. Jamil Khir adalah anak sulung pasangan itu. 

Hasiah, dari Yan, Kedah, koma akibat angin ahmar selama 11 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di kediaman Jamil Khir, di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh. 

Jamil Khir, ketika ditemui, pemberita selepas majlis pengkebumian redha dengan pemergian ibu tersayangnya. 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib, Menteri Kabinet serta saudara mara dan sahabat handai yang menziarahi jenazah ibunya. - BERNAMA

Tuesday, 29 May 2012

DAH TIBA MASA NIK AZIZ LETAK JAWATAN



Assalammualaikum Para Pembaca Sekalian,

Setuju tak kalau Nagamalaya cadangkan Tuan Guru Nik Aziz letak jawatan dengan kadar segera kerana banyak sangat kenyataan beliau yang tidak masuk dek akal kita. Sudah tiba masanya,  beliau bagi peluang pada orang yang lebih muda, berpelajaran dan berfikiran global untuk memimpin parti PAS.Tak adalah asyik ikut cakap Parti lain je. Takut tergadai pulak ideologi sebenar parti PAS. 

Syabas pada UMNO/BN kerana berjaya merealisasikan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." Terima Kasih kepada PM. 

Tuesday, 24 April 2012

PERUBAHAN WAJAH ANWAR

NagaMalaya ada terbaca satu laman web yang memaparkan perubahan wajah Anwar Ibrahim. Pada pemikiran NagaMalaya, ada benar juga kerana boleh dilihat dengan mata kasar bahawa air muka Anwar Ibrahim agak keruh berbanding dahulu. Cuba para pembaca perhati gambar di bawah.......



Sunday, 22 April 2012

KARTUN : PEMANSUHAN PTPTN

NagaMalaya suka benar dengan mesej kartun ni....... Tepat & Baik punya.......

Sunday, 15 April 2012

PEMANSUHAN PTPTN MERUPAKAN CADANGAN YANG TIDAK WAJAR


NagaMalaya terpanggil untuk meluahkan rasa sedih dan benci dengan tindakan  lebih 500 mahasiswa yang berhimpun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo pada petang 14 April 2012 (Sabtu). Apa dah jadi dengan Mahasiswa tersebut? Betul kah mereka ini sesuai dan layak masuk universiti? Kalau tengokkan gaya dan cara serta tindakan mereka.... memang sahlah... mereka BUKAN MAHASISWA... tetapi MALASSISWA.
Demostrasi tersebut adalah berkenaan dengan pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Malah demostrasi itu menyelitkan adegan mengkalungan bunga di atas potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Itu adalah perbuatan BIADAP dan LUPA DIRI.
Saksikan lah wahai pembaca budiman lagi bijaksana.......... di bawah merupakan antara gambar KEBIADAPAN MALASSISWA tersebut :




NagaMalaya bersyukur pada Allah SWT kerana memelihara NagaMalaya daripada melakukan perkara sedemikian semasa NagaMalaya di IPTA dulu. NagaMalaya dan rakan-rakan IPTA sibuk memikirkan bagaimana kami mahu lulus cemerlang bagi memenuhi impian ibubapa serta hendak menjadi warganegara yang sentiasa bersyukur, taat pada Allah, sayangkan negara, setia pada kerajaan dan memajukan bangsa 1Malaysia.