Sunday, 15 April 2012

PEMANSUHAN PTPTN MERUPAKAN CADANGAN YANG TIDAK WAJAR


NagaMalaya terpanggil untuk meluahkan rasa sedih dan benci dengan tindakan  lebih 500 mahasiswa yang berhimpun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo pada petang 14 April 2012 (Sabtu). Apa dah jadi dengan Mahasiswa tersebut? Betul kah mereka ini sesuai dan layak masuk universiti? Kalau tengokkan gaya dan cara serta tindakan mereka.... memang sahlah... mereka BUKAN MAHASISWA... tetapi MALASSISWA.
Demostrasi tersebut adalah berkenaan dengan pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Malah demostrasi itu menyelitkan adegan mengkalungan bunga di atas potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Itu adalah perbuatan BIADAP dan LUPA DIRI.
Saksikan lah wahai pembaca budiman lagi bijaksana.......... di bawah merupakan antara gambar KEBIADAPAN MALASSISWA tersebut :




NagaMalaya bersyukur pada Allah SWT kerana memelihara NagaMalaya daripada melakukan perkara sedemikian semasa NagaMalaya di IPTA dulu. NagaMalaya dan rakan-rakan IPTA sibuk memikirkan bagaimana kami mahu lulus cemerlang bagi memenuhi impian ibubapa serta hendak menjadi warganegara yang sentiasa bersyukur, taat pada Allah, sayangkan negara, setia pada kerajaan dan memajukan bangsa 1Malaysia. 




Wednesday, 11 April 2012

PERTABALAN AGONG KE-14



PERTABALAN AGONG KE-14 
DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU. Istiadat pertabalan penuh tradisi berlangsung di Balairong Seri Istana. Yang lebih menjadikan upacara itu unik ialah ia hanya berlaku sekali setiap lima tahun dan apa yang menjadikannya lebih istimewa ialah Tuanku Abdul Halim bakal ditabalkan untuk kali yang kedua selaku Yang di-Pertuan Agong di usia 84 tahun.
Sejak sistem ketua negara ini diperkenalkan pada tahun 1957, inilah kali pertama, seorang sultan ditabalkan untuk kali yang kedua dalam sejarah negara ini.
Kali pertama Seri Paduka Tuanku Abdul Halim ditabalkan ialah pada tahun 1970 yakni di usia 42 tahun dan berkhidmat selama lima tahun sehingga 1975 selaku Yang di-Pertuan Agong yang kelima.
Semoga dengan pertabalan Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Permaisuri Agong akan dapat memartabatkan lagi Agama Islam di bumi mata dunia dan Malaysia akan kekal sejahtera. DAULAT TUANKU!!!

Tuesday, 3 April 2012

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pintu Makam Nabi Muhammad SAW
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW: Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKUlalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 
BERSABDA NABI MUHAMMAD SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Friday, 30 March 2012

AL-FATIHAH BUAT RAJA ASHMAN, ANAKANDA SULTAN PERAK



NagaMalaya mengucapkan Takziah buat keluarga Diraja Perak di atas kemangkatan Raja Kecil Sulung Perak, Raja Ashman Shah Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Berita kemangkatan Raja Ashman juga menarik perhatian pengikut-pengikut tariqat Naqshabandi seluruh dunia selepas blog peribadi pemimpin tariqat tersebut, Sheikh Hashim Kabbani antara yang paling awal menyiarkan berita tersebut. Raja Ashman mangkat sejurus majlis zikir malam tadi.
Raja Ashman dikenali sebagai penaung tariqat Naqshabandi yang amat dihormati di seluruh dunia. Beliau mengadakan majlis zikir di kediaman Bukit Damansara setiap malam Jumaat. Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.
Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah,  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah  melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.
Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.
NagaMalaya memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum  Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya’ dan solihin, Amin.


-30/3/2012

Tuesday, 27 March 2012

MUTIARA KATA DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK


Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
"Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia"




RUKUNEGARA

Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut :
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

•        Kepercayaan kepada Tuhan
•        Kesetiaan kepada Raja dan Negara
•        Keluhuran Perlembagaan
•        Kedaulatan Undang-Undang
               •        Kesopanan dan Kesusilaan 





Tuesday, 13 March 2012

KERAJAAN BN KERAJAAN BERKEBAJIKAN

Salam Rindu Buat Pembaca Sekalian,

Sudah lama NagaMalaya tidak mengemaskinikan blog ini. Banyak yang NagaMalaya nak kongsikan dengan pembaca sekalian tapi ada sahaja kekangan dari segi masa. Biarlah NagaMalaya pamerkan maklumat tentang Subsidi yang telah Kerajaan BN laksanakan...Terkejut jugak NagaMalaya bila melihat Carta Subsidi tersebut sebab NagaMalaya terfikir tentang jumlah peruntukkan yang telah diperuntukkan kepada rakyat Malaysia......

Carta Subsidi

Terima Kasih Kerajaan BN... Kerajaan BN memang Kerajaan Berkebajikan................